Saturday, September 24, 2011

suatu malam dimana orang mahu ber parti liar...=.="

assalamualaikum..

okay..semalam birthday aku...ya, kalau dalam kalendar MASIHI semalam lah..
kalau ikot HIJRAH...emm..ape nih.....emm...(serious, aku ta tahu...xpe, esok aku amek tahu)

tatkala aku sedang seronok mendapat CALL FREE pemberian cik MAXIS...aku pun berborak sakan bersama rakan terchenta..iaitu AINIE SI CHANTEK.

ya, aku sangat khusyuk berborak dengannya, hingga ke negeri Greece gamaknya. dalam perbualan kami, banyak perkara berunsur ilmiah dan pengetahuan am dibahaskan.

 *******

untuk dijadikan satu cerita, tatkala aku sedang berguling-guling di atas katil, lampu bilik SHIMOK dipadam kan. oh, lupe nak bagitahu saya lepak bilik SHIMOK..*safe place kononnya*

kehadiran cik Bella, cik Madi, cik Ida Dadaa, cik Syu, cik Sobe, cik Wawa dan cik-cik yang lain sambil menyanyikan lagu harijadi mengharu kan aku..*oh, suasana ketika itu sungguh romantik* Lalu, perbualan aku bersama cik Ainie tadi putus begitu saja. Sebelum aku sempat meletakkan gagang itu, die berkata...

Ainie : ibu ! kite pun nk nynyi jugak.tp, suara kita ta sedap..hepi besd.....

OKAY, SAMPAI SITU SAJA YANG SAYA MAMPU DENGAR..HAHA

Saya diminta meniup lampu suluh sehingga padam kerana ketiadaan lilin. Banyak jugak air liur yang keluar tp tidak mampu memadamkan cahaya lampu itu. Lalalala..~~ kami makan...suap-suap..kiss-kisss...dicalit muka dgn kek cokelat td. Saya pun menuju ke bilik air untuk membersihkan muka. Sedang membersihkan muka, satu curahan air yang bercampur milo basi, mangkuk maggie ta cuci lagi sejak 2 minggu lepas singgah di badanku. Aku fikir itu sahaja, rupanya glitter juga singgah di kepala ku. Aku dapat rasakan aku sangat bersinar malam itu seumpama bidadari yang turun dari langit..fuhh !

Aku mengigil kesejukan dalam perjalanan pulang kebilik. Aku tidak mampu membalas mereka. Tapi, niat aku memang tidak mahu membalas mereka kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka kerana ada diantara mereka dari belokkk lain.

*********
 Aku mandi. Aku merasakan diri aku sangat wangi. Aku keluar sambil berkemban...uhh.sensored ! Madi bertanya,

Madi : Nurul, ada tuala lebih tak? Tuala nurul kotor.
Nurul : Eh, ada.
Madi : Nak madi ambil kan.?
Nurul : tidak mengapa..
Madi : Nurul, ada bende jatuh dalam sinki.

Dengan kerabunan mata sebanyak 450 belah kiri dan kanan, agak lama jugak lah aku tenung sinki itu. Apabila aku merapatkan muka ku dengan sinki itu...brishhhhhhhh !!!!!!!!!!!

********

Saya dimandikan lagi. Kali ini dengan air softlan. Apa diorang ingt aku ni kain kotor ke..??! Eh, saya ta marah. Saya suka. Oh, bukan selalu. Jadi, saya redha..huhu

********

Saya mandi lagi. Saya terfikir untuk membalas tapi itulah..ta sampai hati. Lagipun, saya ni baik orangnya. Saya pulang dengan berkemban. Sepanjang saya pulang ke bilik, semua bilik tetutup rapat. Seolah saya ini kain kotor yang berjalan. Saya sedih. Apabila saya membuka pintu bilik, saya dapati katil saya penuh dengan bedak COSWAY saya. penuh okay..sungguh banyak..dan sungguh berbau.

Fakta !
Bila bende yang wangi terlalu banyak, ia akan jadi tidak wangi lagi. Malah, memeningkan. Contohnya, bedak di atas tilam saya dan softlan di atas rambut saya.

*********

Saya bersiap dan kebilik SHIMOK semula. Mereka ada disana memerhatikan saya. Mereka interviewed saya dengan macam-macam soalan. Saya pula berfikir cara untuk membalas dendam. Didalam poket saya ada REXONA SPRAY. Jadi, bilik itu pun berbau seperti ketiak saya..HAHA !

~TAMMAT~

Hadiah :
1. Bantal Angry Bird dri SHIMOK.
2. Cokelat dri Aini kombar.
3. Air soya + roti gardenia dri Solehah.
4. Sumi jelly dri Akem.
5. Frame dri kak long.
6. Mug Spongebob dri Tikah.
7. Bantal Angry Bird lagi dri Sharyana.

Antara perkara yang berlaku :
1. Ex-pakwe call pkul 2.30 pagi.
2. Zahin pergi Kedah pkul 1.00 pagi.
3. Nombor yg tak dikenali itu nombor Zahin.
4. Tertinggal hadiah Solehah dalam kuliah.
5. Tidur nak dekat pkul 3.30 pagi, bangun pkul 7.10 pagi sambil meronta-ronta nak pergi kuliah amek hadiah Solehah.
6. pergi outing semata-mata nak beli *** and karaoke straight 3 hours !!

Mungkin itu sahaja yang dapat kita kongsikan. Tapi, paling sweet, ibu cakap 'i love you'
Hey...bukan mudah nak dapat tahu tak.??!!

Its the best birthday ever ! <3 <3 <3




Thursday, September 15, 2011

mimpi semalam

assalamualaikum.

pada suatu petang yang hening, aku sedang berjalan-jalan di sebatang jalan yang agak lurus. Aku tidak tahu mana ingin ku tuju. Aku termangu. Hatiku berkata mungkin sesuatu akan terjadi. Lalu, aku meneruskan misi ku di jalan yang sebatang itu.

******

Sedang aku meneruskan perjalanan aku. Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahuku. Aku tersenyum simpul. Pasti dia lah yang aku nantikan selama ini. Lalu aku menyambut tangannya dengan mesra. Kami berbual.

dia : Hi ! Nama saya REMY ISHAK.
aku : oh, saya nurul..(dlm keadaan yang sangat gedik)

******

Secara tiba-tiba, die merapatkan mukanya kepadaku. Aku jadi malu. Aku tunduk. Dia memegang daguku supaya aku memandangnya. Anak mataku tidak berani bertentang dengan anak matanya. Aku masih malu.

******

Pada saat aku sudah memandangnya, aku sudah bersedia dengan apa sahaja yang akan terjadi. Sungguh !

Bella : Nurul..bangun....dah lambat ni.

Aku terjaga. Betapa dekat nya muka ku dengan muka nya. Aku terkedu. Oh, apakah ini ? Aku perempuan. Ya, perempuan yang lurus. Aku tidak main bengkok. Ya, muka ku hampir dengan nya. 

Nurul : Hah? Oh, okay. =.="

Saturday, September 3, 2011

cuti sudah habis bro..=.="

assalamualaikum.

tanggal 4 september 2011, bergeraklah aku ke suatu tempat yang dikenal pasti merupakan kawasan pembiakan kinze..HAHA !
hey..malas betul aku kalau bab-bab pulang ke gagang nih.

KOLEJ MATRIKULASHIT JOHOR, TANGKAK, JOHOR.

huh..tahi !
ini semua adalah tahi.
geram mak !



but, the problem is...............

1. tiket bus ta beli lagi.
2. ayah confirm ta nak hantar..alasan : jem..jauh..patah pinggang ayah...*huh, smpai hati !*
3. homework...satu hapak pun aku ta usek.
4. tahap kemalasan yang sangat tinggi.

kalau ikut akal aku yang masih di takat umur 7 tahun setengah ni, aku nak je kahwin. dok umah. masak. basuh baju. tgk drama nanges-nanges.

HEAVEN KAU !

sumpah aku senyum camni klo cuti..=.="

oke, aku ta mahu. aku nak kerja. aku nak berjaya. hey ! kata nak belajar UK..apa barang ta mahu balik Kolej Mencari Jodoh (KMJ)

AYUH..AYUH...

common nurul ! u can do it !

oh tuhan, kau bukakan lah hatiku untuk pulang ke KMJ dan terangi lah hati hambaMu ini untuk mudah menerima segala ilmuMu ya Allah..amin ya rabballamin...

kira camni lah muke aku kalau dah kena balik KMJ...

sekadar hiasan
nak ckp-ckp sikit : kalau tiket bus dah habes, saya balik ISNIN lah..hehhhehhh..=)


Friday, September 2, 2011

'abg' james ! 'abg' nick ! tunggu i ye !

assalamualaikum.

ye, aku ikhlas bagi salam itu.
ye, aku ikhlas mendoakan siapa-siapa yang membaca entry ini.

haha !

hey ! disini, aku ingin menyatakan bahawa aku ingin ke luar negara !
ye, aku mahu.

bukan untuk bercuti.
bukan untuk berjimba-jimba.
bukan untuk berseronok..(eh?)

aku ingin belajar.

yes, i do !
university of birmingham


tolonglah..~~

skrg, aku tgh berusaha.
sgt berusaha.

aku nak jejak tanah orang.

yes, i do !

jealous lah tgk orang lain belajar jauh-jauh...(ah, kau...terengganu pun ta penah jejak lagi)

kawan-kawan, apa lagi yang mahu saya katakan jika tidak ingin meminta doa-doa anda akan keberangkatan saya ke oversea..(phuii..! perasan lah)

jom ! kite g United Kingdom..hoho..

aku tahu pergi negeri orang ni banyak ujiannya.
nak belajar nya lagi.
communication nya lagi.
makanan nya lagi.
nak solat nya lagi.
but, i wish i can go there..*amboii..speaking !*

i wish that was me..^_^


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "belajarlah hingga ke negeri china"

p/s : UK dekat tak dgn china...*wktu PMR dulu, geografi sye B+*

Wednesday, August 24, 2011

last..!

untuk ke sekian kali nya !

saya hanya mahu ini untuk harijadi saya nanti..

a huge bear for accompany while i'm sleeping

haa....nak jugak ! nak jugak !
hehehhh...

em..ta dapat pun tidak mengapa..i know who i am..
dah 19 kan...dah matang..boleh kahwin..
hurmm...~~

tapi, NAK JUGAK !!

hee..bye !
assalamualaikum..

nk cakap-cakap sikit : kepada sape-sape yg penah sye buad dajjal dulu, i'm sorry..ingt, sye xnk urine, sye xnk milo basi, sye nk air **** ^_^