Saturday, September 24, 2011

suatu malam dimana orang mahu ber parti liar...=.="

assalamualaikum..

okay..semalam birthday aku...ya, kalau dalam kalendar MASIHI semalam lah..
kalau ikot HIJRAH...emm..ape nih.....emm...(serious, aku ta tahu...xpe, esok aku amek tahu)

tatkala aku sedang seronok mendapat CALL FREE pemberian cik MAXIS...aku pun berborak sakan bersama rakan terchenta..iaitu AINIE SI CHANTEK.

ya, aku sangat khusyuk berborak dengannya, hingga ke negeri Greece gamaknya. dalam perbualan kami, banyak perkara berunsur ilmiah dan pengetahuan am dibahaskan.

 *******

untuk dijadikan satu cerita, tatkala aku sedang berguling-guling di atas katil, lampu bilik SHIMOK dipadam kan. oh, lupe nak bagitahu saya lepak bilik SHIMOK..*safe place kononnya*

kehadiran cik Bella, cik Madi, cik Ida Dadaa, cik Syu, cik Sobe, cik Wawa dan cik-cik yang lain sambil menyanyikan lagu harijadi mengharu kan aku..*oh, suasana ketika itu sungguh romantik* Lalu, perbualan aku bersama cik Ainie tadi putus begitu saja. Sebelum aku sempat meletakkan gagang itu, die berkata...

Ainie : ibu ! kite pun nk nynyi jugak.tp, suara kita ta sedap..hepi besd.....

OKAY, SAMPAI SITU SAJA YANG SAYA MAMPU DENGAR..HAHA

Saya diminta meniup lampu suluh sehingga padam kerana ketiadaan lilin. Banyak jugak air liur yang keluar tp tidak mampu memadamkan cahaya lampu itu. Lalalala..~~ kami makan...suap-suap..kiss-kisss...dicalit muka dgn kek cokelat td. Saya pun menuju ke bilik air untuk membersihkan muka. Sedang membersihkan muka, satu curahan air yang bercampur milo basi, mangkuk maggie ta cuci lagi sejak 2 minggu lepas singgah di badanku. Aku fikir itu sahaja, rupanya glitter juga singgah di kepala ku. Aku dapat rasakan aku sangat bersinar malam itu seumpama bidadari yang turun dari langit..fuhh !

Aku mengigil kesejukan dalam perjalanan pulang kebilik. Aku tidak mampu membalas mereka. Tapi, niat aku memang tidak mahu membalas mereka kerana aku tidak mahu menyusahkan mereka kerana ada diantara mereka dari belokkk lain.

*********
 Aku mandi. Aku merasakan diri aku sangat wangi. Aku keluar sambil berkemban...uhh.sensored ! Madi bertanya,

Madi : Nurul, ada tuala lebih tak? Tuala nurul kotor.
Nurul : Eh, ada.
Madi : Nak madi ambil kan.?
Nurul : tidak mengapa..
Madi : Nurul, ada bende jatuh dalam sinki.

Dengan kerabunan mata sebanyak 450 belah kiri dan kanan, agak lama jugak lah aku tenung sinki itu. Apabila aku merapatkan muka ku dengan sinki itu...brishhhhhhhh !!!!!!!!!!!

********

Saya dimandikan lagi. Kali ini dengan air softlan. Apa diorang ingt aku ni kain kotor ke..??! Eh, saya ta marah. Saya suka. Oh, bukan selalu. Jadi, saya redha..huhu

********

Saya mandi lagi. Saya terfikir untuk membalas tapi itulah..ta sampai hati. Lagipun, saya ni baik orangnya. Saya pulang dengan berkemban. Sepanjang saya pulang ke bilik, semua bilik tetutup rapat. Seolah saya ini kain kotor yang berjalan. Saya sedih. Apabila saya membuka pintu bilik, saya dapati katil saya penuh dengan bedak COSWAY saya. penuh okay..sungguh banyak..dan sungguh berbau.

Fakta !
Bila bende yang wangi terlalu banyak, ia akan jadi tidak wangi lagi. Malah, memeningkan. Contohnya, bedak di atas tilam saya dan softlan di atas rambut saya.

*********

Saya bersiap dan kebilik SHIMOK semula. Mereka ada disana memerhatikan saya. Mereka interviewed saya dengan macam-macam soalan. Saya pula berfikir cara untuk membalas dendam. Didalam poket saya ada REXONA SPRAY. Jadi, bilik itu pun berbau seperti ketiak saya..HAHA !

~TAMMAT~

Hadiah :
1. Bantal Angry Bird dri SHIMOK.
2. Cokelat dri Aini kombar.
3. Air soya + roti gardenia dri Solehah.
4. Sumi jelly dri Akem.
5. Frame dri kak long.
6. Mug Spongebob dri Tikah.
7. Bantal Angry Bird lagi dri Sharyana.

Antara perkara yang berlaku :
1. Ex-pakwe call pkul 2.30 pagi.
2. Zahin pergi Kedah pkul 1.00 pagi.
3. Nombor yg tak dikenali itu nombor Zahin.
4. Tertinggal hadiah Solehah dalam kuliah.
5. Tidur nak dekat pkul 3.30 pagi, bangun pkul 7.10 pagi sambil meronta-ronta nak pergi kuliah amek hadiah Solehah.
6. pergi outing semata-mata nak beli *** and karaoke straight 3 hours !!

Mungkin itu sahaja yang dapat kita kongsikan. Tapi, paling sweet, ibu cakap 'i love you'
Hey...bukan mudah nak dapat tahu tak.??!!

Its the best birthday ever ! <3 <3 <3




2 comments:

Anonymous said...

wahhh.. bestnyer... t'igin jgak nak mandi kan nurul !.. hha

nurull-nurull said...

never ever syg !